Saturday, August 30, 2008

Rain Cover / Rain bust - Alat Lindung Hujan Untuk Pokok Getah


Assalamualaikum..

Sebagai anak seorang penoreh, saya amat memahami keadaan penoreh-penoreh yang terpaksa untuk tidak keluar menoreh getah pada musim hujan.Pendapatan akan terjejas dan sangatlah merugikan terutama diwaktu harga getah mahal. Jadi, setelah membuat kajian bersama rakan-rakan, kami telah berjaya mencipta ALAT LINDUNG HUJAN ataupun yang digelar RAIN BUST atau RAIN COVER.

Inovasi `Rain Bust’ ialah berteraskan prinsip topi dan baju hujan yang dipasang pada pokok getah matang. Masalah kurang hari menoreh sering berlaku disebabkan terlalu kerap hujan pada waktu petang dan malam terutama kepada kebun kebun di pedalaman dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Alat ini amatlah mudah dipasang , cuma mengambil masa kurang lima minit untuk pemasangan pada sebatang pokok getah. Pemasangan alat ini pula tidak akan mengganggu tumbesaran pokok disebabkan kaedah ikatan yang "flexible". Alat ini dijamin kukuh sekiranya hujan lebat dan angin kencang dan amat berkesan menahan air hujan dalam apa jua situasi.

Rain Bust telah kami uji dengan memasang alat ini pada pokok di kawasan terbuka selama beberapa bulan. Dengan berdepan hujan lebat dan angin kencang, alat ini sangat efisien dan masih kukuh. Kami memberi jaminan yang tuan/ puan akan berpuas hati dengan alat ini.


Harga bagi Rain Bust adalah RM 10.00/set
Upah pemasangan adalah RM 2.00/ pokok

(Harga yang sangat berpatutan jika tuan/puan bandingkan dengan keuntungan yang diperolehi jika dapat terus menoreh setiap hari sepanjang bulan tanpa perlu risau hari hujan..)


TAPI TUNGGU...!!

Sekiranya tuan/puan membuat tempahan bagi pemasangan RAIN BUST pada melebihi 50 batang pokok getah, kami akan mengecualikan semua upah pemasangan. Pemasangan adalah PERCUMA..
Rebutlah peluang tatkala harga getah melambung ini..



Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi:

En. Mohd Nor (014-2674566)

(pemasangan terhad di kawasan selatan semenanjung, Johor, Melaka, Negeri Sembilan. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi nombor diatas.)


Assalamualaikum..